MAKANAN YANG BERKAT
Sama
ada disedari atau tidak, kadang-kadang seseorang itu tidak merasa kenyang
walaupun ia makan banyak. Sebaliknya ada pula orang yang makan sedikit tapi
sudah merasa kenyang.
Dalam
hal ini, ia antara lain, tentulah bergantung kepada berkat tidaknya makanan
yang dimakan itu. Ia berkat kerana membaca Bismillah, membasuh tangan sebelum
makan, membaca doa sebelum dan sesudah makan, membaca doa sebelum dan sesudah
makan, makan dengan tangan kanan dan makanannya pula halal dan bersih dari
perkara syubahat. Selain itu sebelum dan sesudah makan sentiasa dalam berwudhu.
Ka'ab
bin Malik menceritakan melalui hadis riwayat Imam at-Tirmizi : "
Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjilat jarinya
( sesudah makan ) tiga kali".
( sesudah makan ) tiga kali".
Baginda
melakukan demikian kerana kita tidak tahu di jari mana yang berkat rezeki Allah
sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud : " Apabila salah
seorang dari kamu selesai makan, maka jilatlah jari-jarinya ( jari tengah, jari
telunjuk dan ibu jari ) kerana dia tidak tahu dimana satu keberkatan ( rezeki
Allah )
( Hadis riwayat Imam Muslim )
( Hadis riwayat Imam Muslim )
Aisyah
Ummul Mu'minin Radhiallahu Anhu bercerita maksudnya : " Nabi Sallallahu
'Alaihi Wasallam memakan sesuatu makanan bersama enam orang sahabat. Tiba-tiba
datang seorang Arab dusun, lalu ia turut serta memakannya dua suap. Maka Nabi
Sallalahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Sekiranya ia membaca Bismillah, tentu
makanan itu cukup untuk kamu semua".
[
Diriwayatkan oleh Abu Bakar, Muhammad bin Abban, dari Waki', dari Hisyam
al-Distiwai, dari Budail bin Maisarah al-Uqaili, dari Abdullah bin 'Ubaid bin
'Umair dari Ummu Kalsum]
Dari
sudut kesihatan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memberi panduan supaya kita
tidak makan melebihi keperluan tubuh sehingga perut buncit kerana terlalu
kenyang. Sabda Baginda maksudnya :
"Manusia
jangan memenuhkan perutnya kerana yang demikian itu tidak baik bagi perut.
Cukuplah bagi manusia itu makan beberapa suap yang sekira-kira dapat menegakkan
tulang punggungnya. Apabila ia terpaksa makan lebih dari itu, hendaklah
perutnya itu dibagi tiga. Sepertiga diisi makanan, sepertiga diisi air, dan
sepertiga diisi lagi untuk udara ( bernafas )"
[
Hadis riwayat Ibnu Majah ]