Kebahagiaan
terpancar dari keberkatan Allah
Mencari rezeki yang halal dituntut agama Islam namun jangan
leka dengan suruhan-Nya
UMAT Islam perlu mencari keberkatan kerana tanpanya jiwa
pasti tidak akan merasa tenang dan puas. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan
sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah
yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka
itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157)
Ada golongan berusaha siang malam malam mencari rezeki.
Malah, sanggup menggadai nyawa tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan
kebahagiaan?
Mengapa ada yang memiliki rumah besar dan megah, tetapi
masih tidak gembira? Bahkan mereka bermati-matian mencari kebahagiaan dan
ketenteraman, sedangkan apa yang mereka peroleh ialah masalah. Kenapa ia
berlaku?
Antara sebabnya ialah tiada keberkatan. Rasulullah s.a.w
mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat. Malah,
supaya dapat kaya, kekayaan yang berkat, sahabat yang ada ilmu berdoa ilmu
berkat.
Berkat ialah pelbagai guna, bermanfaat di dunia dan akhirat.
Kita tidak hanya boleh berbangga dengan apa yang kita miliki, tetapi yang patut
dibanggakan ialah keberkatan menerima nikmat.
Jadi, bukannya kita patut takut tidak memiliki sesuatu,
tetapi harus takut sesuatu yang dimiliki tidak berkat. Keberkatan maknanya
subur, dengan kebaikan, permohonannya diterima dan kebahagiaan.
Jadi, keberkatan membawa ke syurga sebaliknya tanpa
keberkatan kita dibawa ke neraka. Doa yang kita pinta ketika makan berbunyi: “Wahai
Tuhanku berkatilah apa yang Eng kau berikan pada kami ini dan selamatkanlah
daripada api neraka.” Maknanya makanan yang tidak berkat walaupun sesuap boleh
bawa ke neraka.
Apa lagi kalau harta berlambak-lambak, ilmu melaut dan
pelbagai gelaran. Menurut sejarah, Umar Abdul Aziz ketika menjalankan tugas
pada malam hari di Baitulmal tiba-tiba anaknya mengetuk pintu.
Apabila dilihat anaknya yang ingin bertanya mengenai urusan
rumah tangga, beliau terus memadamkan lampu. Si anak bertanya: “Kenapa ayah
padamkan lampu.” Jawab Umar: “Kerana minyak lampu ini milik negara.
Ia tidak layak untuk urusan peribadi. Inilah contoh ke
berkatan dalam erti kata yang sebenar. Keberkatan meliputi soal wajib, sunat,
harus, makruh dan haram.
Wajib, mesti buat dan jika buat dapat pahala besar tetapi
jika tidak buat dosa besar. Perkara yang harus diberikan pilihan, yang makruh
patut dijauhi manakala yang haram mesti dijauhi.
Kunci kebahagiaan ialah bersederhana di samping pe ngurusan
yang pintar dan segala aktiviti mesti sesuai dengan syariat Allah s.w.t.
Contoh kecil yang dianggap remeh manusia hari ini ialah
waktu solat.
Mencari harta jangan sampai melupakan solat, mencari harta
jangan sampai lupa kepada halal haram.
Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.
Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.
Pelajar sebagai contoh, apalah ertinya berjaga malam,
bersengkang mata, belajar dan mengulangkaji, tetapi esoknya tidak mengerjakan
solat Subuh.
Ilmu yang tidak berkat ialah ilmu yang ada di akal, ilmu
dalam bentuk maklumat dan pengetahuan, tidak menjadi cahaya dan petunjuk.
Apabila ilmu tidak berkat, ia hanya boleh
berhujah, tetapi tidak boleh merubah mereka.