Cara Mendapat Ilmu Yang Berkat



                     belajar dengan fokus
Ikhlas

Ini adalah poin terpenting. Hendaklah kita menuntut
ilmu ikhlas kerana Allah. Jika kita menuntut ilmu
untuk menggapai keuntungan duniawi, untuk menjaga nama
baik, untuk perlagakan sesama ulama', merendahkan
orang lain dan sebagainya, ia tidak akan menghasilkan
kejayaan yang hakiki di sisi Allah.
Kita mungkin berjaya di sisi ukuran kita dan
memperoleh sanjungan sebahagian manusia tetapi di sisi
Allah ia adalah sesuatu yang buruk dan bakal
memperoleh azab-Nya di Akhirat nanti.


Minat
"Minat" (Interest) adalah faktor yang dapat
menyelesaikan separuh pertama hajat seseorang. Separuh
kedua ialah berusaha untuk membenarkan hajat tersebut.
"Minat" seseorang kepada sesuatu perkara mampu membawa
dia ke tahap yang sebelum itu tidak terbayang olehnya.
Minat seseorang ke bidang komputer umpamanya mampu
menjadikan dia seorang programmer atau juru teknik
komputer tanpa dia sendiri pada asalnya memiliki
apa-apa kelulusan formal dalam bidang tersebut.
Oleh itu seseorang itu perlu "minat" dalam ilmu-ilmu
agama jika dia mahu mendalaminya. "Minat" ini boleh
 
diterapkan dalam diri seseorang dengan memikirkan
manfaatnya kepada diri sendiri dan masyarakat
sekeliling, ditambahi dengan ganjaran Allah di Hari
Akhirat nanti.



Bersabar
Tidak ada short cut dalam menuntut ilmu. Tidak boleh
duduk dan angan-angan diri sendiri umpama sebuah
komputer: letak sahaja cdrom dan install, program
terus berjalan.
Menuntut ilmu harus berperingkat dan bertahap-tahap.
Bagi setiap individu peringkat dan tahap berbeza-beza
kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza di
dalam mencerna ilmu-ilmu yang diterimanya. Ada yang
cepat, ada yang sederhana dan ada yang lambat.
Yang pentingnya manusia itu berusaha dengan kemampuan
yang dimiliki oleh. Kemampuan itu sendiri sesuatu yang
tidak tetap (not fixed), ia sentiasa dinamis selari
dengan kadar usaha seseorang itu.
Oleh itu yang penting ialah berusaha dan bersabar di
atas usaha tersebut.
Dalam sebuah hadisnya, Nabi s.a.w. bersabda,      
maksudnya: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas
Muslim." Baginda tidak bersabda, umpama: "Menjadi
pandai adalah wajib ke atas Muslim."
Bererti yang dituntut oleh Islam ialah berusaha
menuntut ilmu dan bukannya menjadi pandai tanpa
berusaha terlebih dahulu.

Berani menghadapi kegagalan
Seorang bayi tidak akan dapat berjalan jika dia enggan
menerima risiko terjatuh ketika berlatih berjalan.
Seorang penunggang basikal akan cepat bangun apabila
terjatuh jika sebelum itu dia sudah biasa terjatuh,
berbanding dengan seseorang yang sebelum itu tidak
pernah jatuh.
Seorang pemain skate board akan berani membuat stunt
di papan lunsur jika sebelum itu dia telah berlatih
dan menerima hakikat bahawa jatuh itu adalah salah
satu metode latihan yang akan membawa dia ke kejayaan.
Demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya
jika sebelum itu dia enggan menerima risiko tersilap
atau terkeliru.
Sebahagian orang menuntut ilmu kerana ingin menjadi
mujtahid yang maksum dan menulis buku yang 100% betul
umpama al-Qur'an. Termasuk dalam kategori ini adalah
orang yang enggan menerima teguran atau pembetulan.
Orang-orang sebagaimana di atas tidak akan mencapai
kejayaan yang sebenar kerana mereka sendiri pada
asalnya takut untuk mencapai kejayaan tersebut.

Mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu.
Manusia menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai
cara. Jika seseorang itu hanya mengikat dirinya kepada
satu cara, maka dia akan terikat selama-lamanya dengan
cara itu sahaja. Apabila cara itu hilang, maka dia
tidak akan lagi dapat memperoleh apa-apa ilmu.
Contohnya ialah orang yang hanya mahu belajar secara
face to face dengan seorang guru. Apabila gurunya
tiada, dia tidak lagi dapat mempelajari apa-apa ilmu.
Selain itu, termasuk dalam "mempelbagaikan cara
berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari cara-cara
menyampaikan ilmu. Apakah gunanya ilmu yang banyak
apabila ia tidak boleh dikongsikan kepada orang ramai
yang memerlukannya ?
Sebagai contoh, banyak orang yang berilmu tetapi tidak
tahu menggunakan MS Word sehinggakan kertas kerja 10
mukasurat mengambil masa sebulan untuk siap. Itupun
dengan macam-macam kesilapan format dsbgnya. Banyak
juga yang berilmu tetapi tidak tahu untuk bercakap
(Public speaking) sehingga akhirnya tinggallah orang
yang pandai bercakap tetapi sikit ilmu yang memenuhi
jadual ceramah di masjid dan surau.
Termasuk juga dalam kategori "mempelbagaikan cara
berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari tentang
diri manusia sendiri daripada orang-orang yang kerja
mereka memang mengkaji manusia.
Orang-orang seperti ini, yang juga dikenali sebagai
"Self improvement guru" adalah mereka yang memiliki
keahlian dalam mengkaji tabiat manusia dan cara-cara
untuk memperbaikinya.
Banyak hasil kajian mereka yang dapat kita manfaatkan
seperti susunan masa yang efektif (7 Habits of
Successful people), daya ingatan (Brain power), kaedah
membaca (speed reading), pengendalian tekanan hidup
(stress management) dan lain-lain.
Menjauhkan perkara yang sia-sia
Mustahil untuk berhimpun di dalam satu jasad
perkara-perkara mungkar dan ilmu-ilmu agama kerana
kedua-duanya adalah sesuatu yang saling bertentangan.
Bukan sekadar perkara yang mungkar, yang sia-sia dan
samar-samar juga adalah sesuatu yang bertentangan.
Oleh itu hendaklah dijauhi segala yang sia-sia
(al-Laghw) atau samar-samar seperti muzik, URTV,
rokok, mendengar/melihat/mencari kesalahan orang dan
lain-lain.
Semua di atas digantikan dengan zikir, solat sunat dan
bacaan al-Qur'an. Perlu dingatkan bahawa 3 di atas
adalah sebagai pengisi masa lapang ketika berehat
daripada mengkaji ilmu-ilmu agama.
Berdoa dan Tawakkal.


[solat.jpg]

Tunai solat membawa rezeki jadi berkat

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, sehinggalah mereka sendiri bangun dan merubah apa yang ada pada diri mereka (ar-Ra'd: 11).Janji Allah itu maha benar, usaha yang gigih, pasti kejayaan yang ditagih, kelak juga diimbuh dengan kurniaan rezeki yang kadang kala tidak tertahan-tahan lagi datangnya, silih ganti bertimpa-tindih.
Sesaorang telah berpesan dan teringat "selalu terngiang-ngiang di gegendang telinga bahawa selalu lakukan solat dhuha ". Beliau yakin dan semenjak dari hari itu sehinggalah kini, dia tidak pernah meninggalkan solat dhuha. Seboleh mungkin, dia akan menunaikannya.
"Alhamdulillah, benarlah nasihat ustaz  bahawa solat dhuha memang membuka pintu rezeki. Ia terbukti apabila didapati, rezeki semakin melimpah-ruah," katanya.
"Namun beliau yakin , Allah SWT melindungi nya kerana dia tidak pernah tinggal solat sejak dari akil baligh. Bahkan, beliau selalu mengamalkan surah-surah yang dianjurkan, misalnya al-Mulk dan al-Waqi'ah. Ditambah dengan amalan solat dhuha, maka dia dapat rasakan kesannya .






 
HARI JUMAAT YANG BERKAT...

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Kesimpulan
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.


Kebahagiaan terpancar dari keberkatan Allah

Mencari rezeki yang halal dituntut agama Islam namun jangan leka dengan suruhan-Nya
UMAT Islam perlu mencari keberkatan kerana tanpanya jiwa pasti tidak akan merasa tenang dan puas. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157)
Ada golongan berusaha siang malam malam mencari rezeki. Malah, sanggup menggadai nyawa tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan?
Mengapa ada yang memiliki rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Bahkan mereka bermati-matian mencari kebahagiaan dan ketenteraman, sedangkan apa yang mereka peroleh ialah masalah. Kenapa ia berlaku?
Antara sebabnya ialah tiada keberkatan. Rasulullah s.a.w mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat. Malah, supaya dapat kaya, kekayaan yang berkat, sahabat yang ada ilmu berdoa ilmu berkat.
Berkat ialah pelbagai guna, bermanfaat di dunia dan akhirat. Kita tidak hanya boleh berbangga dengan apa yang kita miliki, tetapi yang patut dibanggakan ialah keberkatan menerima nikmat.
Jadi, bukannya kita patut takut tidak memiliki sesuatu, tetapi harus takut sesuatu yang dimiliki tidak berkat. Keberkatan maknanya subur, dengan kebaikan, permohonannya diterima dan kebahagiaan.
Jadi, keberkatan membawa ke syurga sebaliknya tanpa keberkatan kita dibawa ke neraka. Doa yang kita pinta ketika makan berbunyi: “Wahai Tuhanku berkatilah apa yang Eng kau berikan pada kami ini dan selamatkanlah daripada api neraka.” Maknanya makanan yang tidak berkat walaupun sesuap boleh bawa ke neraka.
Apa lagi kalau harta berlambak-lambak, ilmu melaut dan pelbagai gelaran. Menurut sejarah, Umar Abdul Aziz ketika menjalankan tugas pada malam hari di Baitulmal tiba-tiba anaknya mengetuk pintu.
Apabila dilihat anaknya yang ingin bertanya mengenai urusan rumah tangga, beliau terus memadamkan lampu. Si anak bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu.” Jawab Umar: “Kerana minyak lampu ini milik negara.
Ia tidak layak untuk urusan peribadi. Inilah contoh ke berkatan dalam erti kata yang sebenar. Keberkatan meliputi soal wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Wajib, mesti buat dan jika buat dapat pahala besar tetapi jika tidak buat dosa besar. Perkara yang harus diberikan pilihan, yang makruh patut dijauhi manakala yang haram mesti dijauhi.
Kunci kebahagiaan ialah bersederhana di samping pe ngurusan yang pintar dan segala aktiviti mesti sesuai dengan syariat Allah s.w.t.
Contoh kecil yang dianggap remeh manusia hari ini ialah waktu solat.
Mencari harta jangan sampai melupakan solat, mencari harta jangan sampai lupa kepada halal haram.
Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.
Pelajar sebagai contoh, apalah ertinya berjaga malam, bersengkang mata, belajar dan mengulangkaji, tetapi esoknya tidak mengerjakan solat Subuh.
Ilmu yang tidak berkat ialah ilmu yang ada di akal, ilmu dalam bentuk maklumat dan pengetahuan, tidak menjadi cahaya dan petunjuk.
Apabila ilmu tidak berkat, ia hanya boleh berhujah, tetapi tidak boleh merubah mereka.



MAKANAN YANG BERKAT

Sama ada disedari atau tidak, kadang-kadang seseorang itu tidak merasa kenyang walaupun ia makan banyak. Sebaliknya ada pula orang yang makan sedikit tapi sudah merasa kenyang.
Dalam hal ini, ia antara lain, tentulah bergantung kepada berkat tidaknya makanan yang dimakan itu. Ia berkat kerana membaca Bismillah, membasuh tangan sebelum makan, membaca doa sebelum dan sesudah makan, membaca doa sebelum dan sesudah makan, makan dengan tangan kanan dan makanannya pula halal dan bersih dari perkara syubahat. Selain itu sebelum dan sesudah makan sentiasa dalam berwudhu.
Ka'ab bin Malik menceritakan melalui hadis riwayat Imam at-Tirmizi : " Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjilat jarinya
( sesudah makan ) tiga kali".
Baginda melakukan demikian kerana kita tidak tahu di jari mana yang berkat rezeki Allah sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud : " Apabila salah seorang dari kamu selesai makan, maka jilatlah jari-jarinya ( jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari ) kerana dia tidak tahu dimana satu keberkatan ( rezeki Allah )
( Hadis riwayat Imam Muslim )
Aisyah Ummul Mu'minin Radhiallahu Anhu bercerita maksudnya : " Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memakan sesuatu makanan bersama enam orang sahabat. Tiba-tiba datang seorang Arab dusun, lalu ia turut serta memakannya dua suap. Maka Nabi Sallalahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Sekiranya ia membaca Bismillah, tentu makanan itu cukup untuk kamu semua".
[ Diriwayatkan oleh Abu Bakar, Muhammad bin Abban, dari Waki', dari Hisyam al-Distiwai, dari Budail bin Maisarah al-Uqaili, dari Abdullah bin 'Ubaid bin 'Umair dari Ummu Kalsum]
Dari sudut kesihatan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memberi panduan supaya kita tidak makan melebihi keperluan tubuh sehingga perut buncit kerana terlalu kenyang. Sabda Baginda maksudnya :
"Manusia jangan memenuhkan perutnya kerana yang demikian itu tidak baik bagi perut. Cukuplah bagi manusia itu makan beberapa suap yang sekira-kira dapat menegakkan tulang punggungnya. Apabila ia terpaksa makan lebih dari itu, hendaklah perutnya itu dibagi tiga. Sepertiga diisi makanan, sepertiga diisi air, dan sepertiga diisi lagi untuk udara ( bernafas )"
[ Hadis riwayat Ibnu Majah ]













ALLAH SWT telah menjadikan kurma atau tamar dengan banyak keistimewaan dan kelebihannya. Kurma adalah satu mukjizat dan sumber rezeki, manfaat serta memberi kesihatan bagi kehidupan manusia.
Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menyebutkan kelebihan dan keutamaan kurma. Antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pokok tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” – (Surah Maryam, ayat 25).
Allah memerintahkan Siti Maryam untuk menggegarkan batang pokok kurma ketika melahirkan anaknya, Nabi Isa as. Tanpa seorang pun yang membantunya, air mengalir di sisinya. Air itu kemudian diambil dan diminumnya sebagai ganti cairan tubuh yang hilang ketika melahirkan Nabi Isa. 
Firaun juga memilih batang kurma untuk menyalib orang yang beriman kepada Tuhan Musa dan Harun sebagai azab bagi mereka kerana kekuatan dan kekukuhan yang ada pada pokok itu. Penyihir itu berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.” (Surah Taaha, ayat 70). 
Mengenai kurma sebagai buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada umatnya untuk memakannya ketika berbuka puasa. 
Daripada Salman Ibnu Amir RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). 
Daripada Anas RA berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa rothab (kurma mekar yang dipetik dari pohonnya) sebelum bersolat (Maghrib). Kalau tidak ada rothab, maka dengan beberapa kurma matang (kering), kalau tidak ada, maka dengan beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). 

Tidak diragukan lagi bahawa di sebalik sunnah Nabi SAW ini, ada petunjuk perubatan dan manfaat yang banyak bagi kesihatan dan hukum yang elok dan bagus untuk manusia. Rasulullah SAW telah memilih makanan ini (kurma) atau tamar dan tidak memilih yang lainnya kerana adanya manfaat yang sangat besar dan mulia. 
Dalam hadis juga disebutkan keutamaan tamar atau kurma itu. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Rumah yang tidak memiliki kurma adalah rumah yang penghuninya sentiasa berasa lapar.” (Hadis riwayat Bukhari). 
                                          



Rezeki lumayan berkat rajin
“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Itulah perumpamaan
paling tepat untuk petani berjaya Zakaria Ahmad, 53, yang mampu meraih
pendapatan lumayan dengan mengusahakan pelbagai aktiviti berasaskan pertanian
termasuk kebun kecil getah, menternak udang galah dan ikan keli.
Dengan menggunakan tulang empat keratnya, beliau kini mampu tersenyum
bangga apabila semua hasil kerja tangan dan titik peluhnya berjaya menampakkan
hasil menguntungkan apabila meraih pendapatan mencecah RM7,000 sebulan.
Anak jati kelahiran Kampung Tengah Mukim Jeneri di sini, berkata selepas lebih 37
tahun bekerja membanting tulang menyara keluarga dengan pendapatan dari
menoreh getah di kebun pusaka bapanya, beliau bertekad untuk meningkatkan
taraf hidup dengan mengusahakan aktiviti pertanian alternatif yang mampu
menjana sumber kewangan.                                            
Zakaria yang turut memenangi beberapa anugerah termasuk Pekebun Kecil Jaya
sempena sambutan Hari Peladang tahun  lalu dan anugerah daripada Lembaga
Getah Malaysia (LGM), berkata beliau mula menoreh getah sejak berusia 16 tahun
dan ketika itu harga pasaran komoditi berkenaan terlalu rendah dan kadangkala
pendapatannya cukup sekadar menyara keperluan ahli keluarganya.
Beliau berkata, sehubungan itu, beliau nekad untuk menyertai skim LGM yang
melatih pekebun kecil getah mencuba teknologi menggunakan gas etilina untuk
merangsang pengeluaran susu getah berganda berbanding kaedah konvensional
yang diguna pakai sebelum itu.
“Rezeki saya semakin baik apabila teknologi yang diperkenalkan LGM mampu
menambah pendapatan, selain mampu melakukan aktiviti lain yang mampu
menjadi pendapatan sampingan.
“Jika dulu, saya terpaksa menoreh getah 28 hari sebulan untuk memperoleh
pendapatan tidak lebih RM2,000, kini dengan teknologi gas rangsangan itu
pendapatan saya mencecah RM5,000 sebulan dengan hanya keluar menoreh
sembilan atau 10 hari,” katanya.
Zakaria berkata, beliau adalah pekebun kecil getah pertama di kampungnya yang
mencuba teknologi LGM, hasil kejayaannya menjadi contoh dan pemangkin kepada
penduduk lain untuk merasai gelombang kemajuan teknologi baru yang boleh
diaplikasi dalam pertanian moden.
“Sikap positif menerima pembaharuan teknologi sangat penting untuk memperbaiki
taraf hidup petani kerana pada masa ini stigma takut untuk menerima
pembaharuan masih menebal di kalangan kelompok petani kerana mereka bimbang
pokok getah yang menjadi sumber utama pendapatan rosak sekali gus
menyebabkan pendapatan terjejas.
“Kejayaan saya hari ini membuka mata lebih ramai pekebun kecil getah khususnya
di Jeneri untuk menggunakan kemudahan disediakan kerajaan untuk kesenangan
masa depan,” katanya. Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, selain teknologi, LGM membekalkan
ilmu torehan yang betul bagi menjamin  jangka hayat pokok dan kulitnya tidak
terjejas serta terhindar daripada serangan penyakit. Dengan teknologi rangsangan
gas itu, beliau mempunyai masa lapang  yang boleh digunakan untuk melakukan
aktiviti lain termasuk menternak ikan keli secara kecil-kecilan diusahakan di
belakang rumahnya lebih lapan bulan lalu.
“Jika tidak keluar menoreh getah, saya akan menghabiskan masa membersihkan
kolam ikan keli di belakang rumah.  Kini saya mempunyai tujuh kolam dengan
setiap satu boleh memuatkan kira-kira 1,500 ekor ikan” .  Permintaan pasaran
terhadap ikan keli semakin baik kerana sebelum ini ia hanya digemari masyarakat
kampung, tetapi sejak  kebelakangan ini, permintaan ikan keli semakin meningkat
dan kadang-kala bekalan tidak mencukupi untuk menampung kehendak pasaran.
Hasil ternakan ikan kelinya dijual secara runcit di pasar malam atau kepada
pengusaha restoran dan gerai di sekitar kampungnya.  “Hasil jualan ikan keli saya
mampu memperoleh pendapatan antara RM 1,000 hingga RM 1,500 sebulan dan
wang itu disimpan untuk kegunaan hari tua di samping membiayai pengajian anak
pada masa akan datang,” katanya.
Selain menternak ikan keli, beliau juga terbabit dengan skim penternakan udang
galah secara berkelompok di kampungnya, sekali gus membolehkannya
memperoleh pendapatan tambahan RM 600 sebulan sebagai bayaran gaji menjaga
tiga kolam ternakan, selain menikmati hasil ternakan.
“Saya bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada saya kerana
dalam usia separuh abad ini saya masih bertenaga melakukan tiga kerja dalam
satu masa tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.
“Malah, saya bangga kerana dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa kerja
bergelumang dengan selut, lumpur, semak dan bau hanyir ini mampu memberi 
rezeki yang berkat kepada keluarga,” katanya.