
HARI JUMAAT YANG
BERKAT...
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa
Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna
‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan
mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama
tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat,
kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya
hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu,
hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta
membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada
Allah S.A.W.
|
Penghulu
Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya
hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu
hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu
segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita
(umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu
(diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga,
padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah
mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka
perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat.
Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan
lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan
Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia.
Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam , 2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi, 3) Allah mematikan Nabi Adam, 4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. ( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang
bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan
ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak
terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal
daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
|
Kelebihan
Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam
membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan
ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup
mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan
hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat
pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat
kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat
pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat
Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan
sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji
telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku
catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat
selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak
direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Kesimpulan
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang
hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku
catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat
selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak
direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang
hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.